Antara kelebihan sosial media:
- Membantu dalam mengiklankan produk tanpa melibatkan kos yang tinggi, kos yang rendah dapat digunakan bagi mendapatkan hasil yang lumayan sekiranya perancangan strategi dibuat dengan betul.
- Memandu pengguna internet yang kebanyakannya mempunyai akaun jaringan sosial kepada laman web rasmi organisasi, blog, dan sebagainya.
- Jaringan sosial yang akrab antara rakan dalam media sosial membantu menambah pelanggan kepada produk yang baik melalui saranan yang boleh dipercayai (trusted recommendation)
- Membantu perniagaan mendapatkan sumber tenaga manusia, pembekal, pemborong dan rakan niaga dengan lebih mudah contohnya melalui jaringan professional sosial seperti Linked In.
- Membantu pekerja untuk berbincang, bertanyakan soalan dan mendapat maklumbalas, mendapatkan idea dan cara baru dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisyen.
Dari segi kemasyarakatan/kekeluargaan/individu:-
- Mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga, saudara mara dan rakan-rakan dapat dikukuhkan melalui laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.
- Membantu masyarakat mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti kemasyarakatan sekitar contohnya melalui laman facebook masjid, kesatuan penduduk dan sebagainya.
- Membantu ibubapa mengenali peribadi anak, aktiviti serta rakan-rakannya dengan lebih mudah dan telus melalui media seperti facebook.
Lets join GLAM family today!!!
Always Glam,
Adlina - 0122607892
No comments:
Post a Comment