Wednesday 1 January 2014

New Year, New Goals, New Me


Salam Semua,
Tahun baru 2014 akan bermula episod baru dalam kehidupan kita. Adakah kita mahu kekal sama seperti tahun 2013 atau kita mahukan yang lebih baik lagi?
Semuanya terletak ditangan kita sendiri. Kita yang mencorakkan masa depan kita sendiri. 

Kedatangan tahun baru semestinya amat mencabar. Apakah persediaan kita? 
Tol naik, harga barang naik... pendek kata semuanya naik la.. 
Adakah kita nk frust, salahkan orang itu ini atau kita nak cari jalan penyelesaian bagi masalah kewangan kita? 

Cara berdemonstrasi tu sangatlah tidak disokong. Banyak lagi saluran lain yang boleh digunakan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai apa yang akan terjadi nanti ataupun yang sudah terjadi. 

Cari seberapa banyak inisiatif untuk perbaiki kewangan keluarga kita. Maybe dengan berniaga kecil-kecilan atau buat keje part time. Banyak sebenarnya jalan untuk mendapatkan rezeki yang halal selain dari berkerja makan gaji sahaja.
Pada zaman sekarang ni, hanya mengharapkan satu income saja sudah tak relevan. Ibarat macam kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang.. 
Hanya menggharapkan gaji bulanan yang 4 angka tu memang la tak mencukupi.
Dah tiba masa nya untuk keluar dari kepompong sendiri & rebut peluang yang ada didepan mata. 



No comments:

Post a Comment