Sunday, 2 June 2013

Rasanya perlu tak buat side-income???

Ad percaya ramai lagi kat luar sana yg masih tercari-cari peluang perniagaan untuk dapatkan side income. Betul tk? Ada plak yg sampai kena tipu dengan skim cepat kaya lah, main kutu pastu member lari bawak duit and macam2 lagi. Ada plak yg masih belum paham atau terbuka minda untuk buat side income atas alasan tkde masa, tk tau nk bisnes, tk pandai nak cakap pasal bisnes, tkde siapa nk jaga anak and macam2 lagi. Kita kena selalu ingat apakah tujuan kita untuk buat side income ni.
 
 


 1. Pendidikan Anak2 kita
 
Ad percaya sekarang ni mmg semuanya da naik harga. Buku sekolah,buku rujukan, alat tulis and macam2 lagi. Semuanya makin mahal. Macam Ad sendiri ada anak yg baru bersekolah rendah tapi dapat juga rasa perbelanjaan harian makin meningkat. Walaupun kerajaan dah bagi baucer RM100 untuk pelajar sekolah rendah & menengah tapi as parents kita nk jugak la saving untuk pendidikan anak2 kita yg makin meningkat kan. Nanti nk bayar yuran Universiti, Kolej etc. Semua ni memerlukan perbelajaan yg banyakkan .. betul tak? Takkan masa tu baru kita nk sedar and nk cari duit. Memang da agak terlambat kan.... Jadi rasa tak perlunya buat side income skrg?
 
 
 
 
2. Simpanan
 
Perlu ke kita menyimpan? Rasanya kalau dalam sebulan tu berapa banyak  boleh kita simpan dalam akaun saving kita? RM100, RM200 atau RM1000? Nilai simpanan tu kadang2 tgk pada gaji bulanan kita betul tak? Kalau gaji banyak boleh la simpan banyak, kalau gaji kecik simpan la sikit kan. Tp pernah tak kita terfikir berapa lama lagi kita nk berfikiran macam ni. Ada jugak yg Ad dengar gaji banyak tapi saving tkde pun. Duit mmg habis belanja setiap bulan. Kalau bujang maybe blh la nk joli dengan duit tu tp kalau yg da berkeluarga macamana pulak. Untuk hal2 kecemasan, anak masuk wad ke, mak kat kg nk pakai duit or kete tetiba rosak plak. Semua ni kena pk selalu. Sebab tu perlu ada saving setiap bulan. Memang satu kemestian. Compulsary. Memang wajib perlu ada savings/simpanan. Jadi rasa2 perlu tak buat side income??
 
 
 
 
 
 
3. Melancong
 
Rasanya siapa lah yg tk suka pergi melancong, jalan2 tgk Negara orang. Terutamanya Negara luar dari Malaysia ni. Anak2 Ad selalu Tanya bila la nak pegi jalan2 to Disneyland. Dalam hati ni rasa tercabar dengan soalan anak Ad tu. Rasa macam nk keje kuat2 cari duit untuk bagi segala yg selesa pada anak2 Ad. Memang tak dinafikan bila da ada family ni semua perbelanjaan more to anak2 Ad. Dengan sbb ni jugak la Ad join GLAMPRENEUR untuk tambahkan lagi pendapatan bulanan. Now memang da boleh senyum la sebab da ada 2 income setiap bulan. Alhamdulillah. Rezki dari Allah SWT. Rasanya perlu tak nk buat side income????
 
 
 
4. Balas jasa Mak & Ayah kita
 
Walaupun Ad cuma ada Mama je, tp jasa and pengorbanan dia dalam usaha membesarkan kita kt dunia ni mmg tkde bandingan. Usaha & titik peluh dia dalam mengharungi hidup besarkan Ad n adik2 mmg Ad salute / hormat sangat. Sekarang kita da besa and da bekeja, masa ni la nk balas segala jasa mak n ayah kita kan. Biarlah masa usia tua diaorg skrang ni kita manjakan diaorg plak dengan apa yg diorg hajatkan. Bagi duit belanja bulanan. Kalau dulu bg RM200 sebulan, tapi bila da buat bisnes ni da blh bagi RM2000 sebulan atau lebih. Betul tak? Alhamdulillah. And bulan Ramadan pun da makin hamper, time ni jugak la nk pamper parents kita with some cash kan. Memang diorg tak mintak kt kita tp as anak kita kena paham that they need all that. Jadi rasanya perlu tak buat side income??
 
 
 
5. Menabung utk hari tua
 
And also kita da kena buat persiapan utk hari tua kita jugak. Makin lama makin berusia, kena la fikir dari sekarang nak hari tua yg macam mana. Macam Ad, I nak hari tua yg senangkan semua orang. Ad tknk mintak2 duit from anak2. Nak pegi melancong, pegi umrah / Haji setiap tahun (kalau boleh la), at least kita ada hari tua yg senang and selesa. Dengan ada nya kesedaran kita tentang penting nya pendapatan sampingan / side income, segala masalah yg kita hadapi atau bakal hadapi akan dapat kita atasi dengan OK dan penuh dengan persediaan. Rasanya perlu tak buat side income???
 
Ini hanyalah sebahagian daripada apa yg terlintas di otak Ad arini. Actually ada banyak lagi reason/sebab kenapa kita perlu buat pendapatan sampingan. Tepuk dada tanyalah hati dan minda kita. Life macamana yg kita nak dalam hidup kita. Jalan dah ditunjukkan tp kalau kita masih ragu2 tentang keputusan yg bakal kita amik tu takkan bwak kita kemana2. Memang perit bila apa yg kita hajatkan gagal tapi semangat kita untuk bangkit untuk berjuang semula akan membuahkan hasil yg kita akan hargai di masa akan dating. Jangan mudah mengaku kalah. Belum berusaha mana tau Berjaya atau gagal betul tak??? Masih belum terlambat untuk kita bangkit and berjuang untuk masa depan yg lebih baik dari sekarang. In sha Allah.

 
Renungan buat semua pembaca blog Ad ni. Walaupun tk seberapa tapi mungkin boleh membuka minda reader semua. Thank u for ur time reading my blog.
 
 
 
 
With Love,
Adlina Emery
GLAMPRENEURS
012 2607892
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment